Pages

Thursday 5 March 2020

Pindaan Birthday Agong kepada Hari Isnin mulai 2021.

Di dalam Akta Hari Kelepasan 1951, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada Hari Kelepasan Persekutuan.
 Lazimnya, Hari Keputeraan ini disambut pada Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun sebagai hari sambutan rasmi. 
Selepas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017, tarikh ulang tahun rasmi telah dipinda dua kali, 

1. kepada Sabtu terakhir bulan Julai
2. pada Sabtu kedua selepas Hari Merdeka.

 Pindaan ini akan berkuat kuasa di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V hingga 2021.
-sumber : Wikipedia

Pada tahun ini, dibawah pemeritahan Yang di-Pertuan Agong ke 16  (Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah Shah), pindaan Hari Keputeraan Agong sekali lagi dibuat. 


Pada 4 Mac, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali telah mengeluarkan kenyataan media melalui Facebook beliau tentang perubahan tarikh Hari Keputeraan Agong pada tahun ini. 

Menurusi kenyataan itu kerajaan bersetuju  : 

"Pindaan tersebut adalah daripada 6 Jun 2020 (Sabtu) kepada 8 Jun 2020 ( Isnin) minggu pertama  bulan Jun. "

"Pindaan tersebut terpakai mulai tahun 2021 dan sepanjang pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI  (Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah Shah)."

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” 




- sumber : Harian Metro

Pindaan ini berita baik buat negeri-negeri yang cuti umum adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Sebab hanya hari kelepasan am yang jatuh pada hari Jumaat sahaja yang cutinya dibawa ke hari Ahad. 

Yeay, cuti....


No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...