Pages

Friday, 13 March 2020

COVID 19 - Apa itu Pandemik?

Pada 11 Mac 2020, World Health Organisation ( WHO) telah mengisytiharkan Novel Corona Virus (COVID 19) sebagai Pandemik.  Penilaian itu dibuat berdasarkan angka jangkitan melebihi 118,000 orang di 114 negara dan angka tersebut terus memingkat selepas gelombang kedua COVID 19. 

Apa itu Pandemik? 
Kejadian wabak yang melibatkan seluruh dunia. COVID 19 bermula di wilayah Wuhan di negara China pada Disember 2019. Dan virus tersebut telah merebak ke seluruh dunia dengan menyebabkan jumlah kematian yang tinggi di beberapa negara.
Kebiasaannya melibatkan virus baru (novel) yang belum ada vaksin. 
Walaubagaimanapun, unsur kawalan, sekatan dan langkah perlindungan yang dilakukan dapat untuk mengurangkan statistik kes COVID 19. 


Ciri-ciri Pandemik
- melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- kadar sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.


" Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.
Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan 354 dan 827 kematian, setakat ini."

No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...