Pages

Sunday 29 December 2019

Surat Rasmi Jabatan Mufti Johor dalam tulisan Jawi.


Sudah selesai baca surat diatas?

Mengimbau kembali zaman belajar sekolah agama dulu kan?

Kebanyakkan kaum melayu boleh membaca jawi, cuma bab tulisan mungkin kurang tepat. Ini kerana ada perubahan dari segi ejaan lama dan baru. 

Alhamdulillah, saya masih kenal tulisan jawi. Ada satu perkataan yang tersangkut. Haha. Lepas 2020, puas kami pikirkan apa perkataan tu..Rupanya Miladiyah. 

Apa itu Miladiyah?
Miladiyah adalah sama dengan Masihiyah iaitu Masihi. Cuma kita jarang menggunakan perkataan Miladiyah, jadi agak ganjil bunyinya.


Ini terjemahan lengkap surat tersebut.


 Makluman
Perubahan Waktu Solat Subuh
Seluruh Negeri Johor Darul Ta'zim


Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Alhmarhum Sultan

 Iskandar, Sultan Yang Di- Pertuan bagi Negeri dan jajahan takluk Johor Darul 

Ta'zim, berkenan agar perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh Negeri Johor Darul 

Ta'zim dengan ditambah 8minit dari waktu solat Subuh semasa, dilakukan berkuat

kuasa 1 Januari 2020 Miladiyah bersamaan 5 Jamadil Awal 1441 Hijriah. 

Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari dibawah 

ufuk dalam menentukan waktu terbit fajar siddiq daripada 20darjah yang digunapakai sebelum

 ini kepada 18darjah  . Justeru dengan perubahan ketetapan ini menyebabkan waktu Solat Subuh 
 

bagi seluruh Negeri Johor Darul Ta'zim perlu ditambah 8minit daripada waktu Subuh semasa.





Menjunjung titah,

(Sahibus Samahah Dato' Haji Yahya bin Ahmad)
Mufti Negeri Johor. 




Semoga berjumpa lagi dikelas tulisan jawi akan datang..hehe







No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...