Pages

Tuesday 31 December 2019

23 Tempat Larangan Merokok mulai Januari 2020



1. Tempat letak kereta awam terbuka

2. Kawasan keagamaan

3. Taman asuhan kanak-kanak

4. Premis Kerajaan

5. Laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri

6. Lapangan terbang

7. Pusat hiburan atau teater (kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino

8. Hospital dan klinik

9. Lif atau tandas awam

10. Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

11. Tempat kerja hawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

12. Bas sekolah

13. Kafe internet

14. Kawasan perpustakaan

15. Latihan khidmat negara

16. Stesen minyak

17. Aktiviti perhimpunan dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman

18. Kompleks sukan, pusat kecergasan atau gym

19. Institut pendidikan atau IPT

20. Kaunter perkhidmatan dalam bangunan

21. Kompleks beli belah

22. Permainan kanak-kanak atau taman

23. Semua premis makanan termasuk tempat makan terbuka

Kalau boleh berhenti merokok adalah lebih baik untuk kesihatan dan kewangan. Usaha kerajaan ini diharap dapat menjadikan udara persekitaran kita lebih bersih. Ini kerana bukan sahaja memberi kesan kepada perokok tetapi kepada perokok pasif juga iaitu mereka yang secara tidak langsung menghidu asap rokok tersebut.  

No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...