Pages

Showing posts with label 2020. Show all posts
Showing posts with label 2020. Show all posts

Saturday, 4 January 2020

Azam tahun baru 2020

Tahun 2019 sudah pun melabukan tirai. Berbagai cerita suka duka, kegagalan, kejayaan, kesusahan telah sama-sama kita lalui. Alhamdulillah kita berjaya sampai ke tahun 2020. 

                                    image via freepik.com

Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana tetap bertahan, bersabar dan bersemangat, semuanya dengan izin Allah. 

Sebagai umat Islam, selain bersyukur kita juga harus memperbaiki diri kita. Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini. 
Jadi kita perlu sentiasa muhasabah diri, membuat perancangan dan mempunyai matlamat, cita-cita. 

Jadi sempena kedatangan tahun baru ini, sesuai sangat untuk kita audit semula diri kita. 

Tanamkan azam, azam biar besar tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

Antara azam 2020 saya :
1. Selesaikan separuh hutang PTPTN. 
2. Derma darah 3 kali. 2019 dapat derma 2 kali. 
3. Jogging min 3km seminggu.
4. Aktif menulis blog. 

Apa azam korang untuk tahun 2020? Boleh komen dibawah. 




Wednesday, 1 January 2020

Tarikh Bayaran Gaji bagi tahun 2020

Simpan tarikh bayaran gaji ini, dan buat perancangan kewangan bagi mengelakkan anda makan maggi menanti gaji bulan seterusnya. 

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...