Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana tetap bertahan, bersabar dan bersemangat, semuanya dengan izin Allah.
Sebagai umat Islam, selain bersyukur kita juga harus memperbaiki diri kita. Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.
Jadi kita perlu sentiasa muhasabah diri, membuat perancangan dan mempunyai matlamat, cita-cita.
Jadi sempena kedatangan tahun baru ini, sesuai sangat untuk kita audit semula diri kita.
Tanamkan azam, azam biar besar tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Antara azam 2020 saya :
1. Selesaikan separuh hutang PTPTN.
2. Derma darah 3 kali. 2019 dapat derma 2 kali.
3. Jogging min 3km seminggu.
4. Aktif menulis blog.
Apa azam korang untuk tahun 2020? Boleh komen dibawah.
No comments:
Post a Comment