Pages

Saturday 4 January 2020

Belum berjaya semak WTD..

Wang Tidak Dituntut (WTD). 

Dari mana datang WTD ini? 

Defini : (sumber : Jabatan Akautan Negara Malaysia) 
  1. Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    • dividen;
    • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    • draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • akaun simpanan;
    • akaun semasa;
    • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Saya ada mendapat panggilan dari Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pergi ke cawangan bank yang berdekatan berhubung WTD ini. Tetapi kesibukkan hujung tahun hingga saya terlupa untuk ke BSN. Bila dah ramai semak WTD, barulah nak semak jugak...

Link untuk semakan :  
egumis.anm.gov.my? 
Saya baru cuba nak mendaftar pada 3jan, page loading lama sangat dan pukul 8malam terus penyelenggaraan sampai ke hari ini. 

Betapa ramai orang nak semak kalau-kalau dapat duit terpijak.

Bersabar ye menanti website tersebut boleh dilayari semula. 

No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...