Pages

Showing posts with label covid19. Show all posts
Showing posts with label covid19. Show all posts

Saturday, 14 March 2020

Siapa yang patut pakai topeng muka (face mask)?





                                       




                                      


credit to : weimanknow





Friday, 13 March 2020

COVID 19 - Semak sekiranya anda berisiko kepada COVID 19

Sekiranya anda mempunyai 7 ciri-ciri dibawah, anda merupakan golongan yang berisiko tinggi kepada COVID-19.

1. Kanak- kanak atau warga emas
2. Demam melebihi 37.5 darjah celcius
3. Mengalami kesukaran bernafas
4. Batuk
5. Sakit tekak
6. Telah berkunjung ke kawasan berisiko tinggi dalam masa terdekat (2 minggu).
7. Berhubung rapat dengan pesakit COVID 19. 



Hubungi talian hotline CPRC berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut: 



Atau terus rujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.


COVID 19- Doa Perlindung dari wabak


COVID 19 - Apa itu Pandemik?

Pada 11 Mac 2020, World Health Organisation ( WHO) telah mengisytiharkan Novel Corona Virus (COVID 19) sebagai Pandemik.  Penilaian itu dibuat berdasarkan angka jangkitan melebihi 118,000 orang di 114 negara dan angka tersebut terus memingkat selepas gelombang kedua COVID 19. 

Apa itu Pandemik? 
Kejadian wabak yang melibatkan seluruh dunia. COVID 19 bermula di wilayah Wuhan di negara China pada Disember 2019. Dan virus tersebut telah merebak ke seluruh dunia dengan menyebabkan jumlah kematian yang tinggi di beberapa negara.
Kebiasaannya melibatkan virus baru (novel) yang belum ada vaksin. 
Walaubagaimanapun, unsur kawalan, sekatan dan langkah perlindungan yang dilakukan dapat untuk mengurangkan statistik kes COVID 19. 


Ciri-ciri Pandemik
- melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- kadar sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.


" Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.
Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan 354 dan 827 kematian, setakat ini."

COVID 19- 3 Langkah Perlindungan Diri


Ikuti 3 langkah perlindungan diri dari virus Covid19.

1. Selalu amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
2. Elakkan kunjungi tempat yang ramai orang dan kawasan berisiko tinggi .
3. Segera dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom selepas lawatan/aktiviti.



Salah satu tips penjagaan kesihatan melindungi diri dari virus Covid 19 adalah dengan mencuci tangan selama 20saat sebanyak 3-4 kali sehari. Jangan menyentuh muka, mata dan hidung selepas menyentuh sesuatu ini kerana virus mudah masuk melalui saluran pernafasan.

Jom ikuti langkah cuci tangan yang efektif agar dapat melindungi diri dari virus Covid 19.


Ha, ini tutorial dari Cik Nurse. Cara yang betul menggunakan hand sanitizer. 




Utamakan kebersihan tangan dan persekitaran. Insyaallah dapat membantu melindungi dari virus. 

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...