Pages

Sunday, 28 August 2016

6 Tips semasa larian

Saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang aplikasikan semasa berlari samada jarak dekat atau jarak jauh. Antara tipsnya ada lah :


1. 3 steps inhale, 2 steps exhale.

Kawalan pernafasan amat penting untuk aktiviti seperti larian dan renang. Kiraan untuk 5 langkah. 1,2,3 tarik nafas.4,5 hembus nafas. Ianya dapat menurunkan kadar degupan jantung semasa berlari dan membolehkan kita mendapat lebih oksigen. Kurang oksigen akan menyebabkan kita mudah berasa pening.



2. Pandang ke hadapan. 

Kebiasaannya bila kita penat berlari, tindakan spontan adalah menundukkan kepala sambil berlari. Aksi itu tidak membantu mempercepatkan, malah melambatkan larian kerana lebih banyak oksigen digunakan. Pandang ke hadapan dan teruskan larian,kekalkan step 1.

 

3. Terasa penat walaupun baru bermula

Antara sebab yang membuatkan korang cepat rasa penat adalah terlalu memberi tekanan pada bahagian bahu dan dada. Berlari dengan kaedah yang betul dapat mengurangkan kesakitan pada kaki selepas habis larian.


4. Berhenti seketika

Berlari jarak jauh memerlukan tenaga yang stabil. Kalau dah terasa penat, perlahankan larian atau berhenti seketika. Elakkan duduk terus, ambil masa untuk berjalan seketika sebelum duduk. Macam kita off laptop, bukan terus serta merta dia off kan.. prepare to shutdown, baru betul-betul shutdown. Sama juga dengan badan kita.

Setiap 1km atau 2km ada pick point korang akan diberikan gelang getah .
Air mineral juga disediakan di beberapa kawasan. Jangan lupa minum air, ia dapat menyegarkan dan mengelakkan dari dehidrasi, terutama semasa cuaca panas.

5. Rentak larian

Kita tak mahu berlari selaju lajunya pada 2km pertama kemudian terus tidak mampu berjalan menghabiskan larian, ini bukan acara lari pecut ye..mulakan larian 15 minit pertama sebagai pemanas badan, jangan terlalu memaksa atau memberi tekanan. Rentak larian yang sama dapat mengurangkan rasa penat. 

6. Jadikan sebagai rutin

Tiba-tiba berlari akan memberi kejutan kepada badan. Kesannya 3 hari sakit sakit badan. Jadi bagi mengurangkan kesan tersebut, jadikan berjogging paling kurang pun sebagai aktiviti mingguan. Bertambahnya stamina dapat menambahkan kelajuan larian. Lepas ini bolehlah jadikan larian sebagai hobi baru ye..

Boleh ke tidak?..(boleh!!, suara latar) 


Berdasarkan pengalaman sendiri, kurang best sebenarnya kalau acara larian tapi kita hanya berjalan kaki. Tetapi apa kan daya, ikut kemampuan dan kelapangan masa masing-masing.

Tips ini general, penulis hanya berkongsi ilmu, belum tentu lagi buat semua..hehe.

Sekian . Tamat. 

No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...