Pages

Sunday, 28 August 2016

3 Tips Fund Run untuk Beginner

 Kepada yang baru nak terjebak dalam acara larian amal, marathon atau pun mana-mana acara yang berkaitan dengan berlari, dalam post ini saya nak share beberapa tips untuk korang semua.

3 Tips Fund Run untuk Beginner

 

 1.Buat pendaftaran

First sekali mestilah daftar dulu kan. Sebelum mendaftar,ada beberapa perkara yang korang perlu ambil tahu. Dibawah adalah contoh Fund Run yang saya sertai.Saya pun beginner juga..


a. Bayaran berpatutan

Bergantung pada budget. Pada saya, RM50 dan kebawah adalah kadar yang berpatutan, daftar awal untuk mendapatkan harga "early bird". Hasil kutipan nanti akan didermakan untuk membantu organisasi atau agensi kebajikan yang memerlukan.


b. Lokasi dan jarak larian

Dari pengalaman saya, 8km adalah jarak maksimum untuk beginner. Ada juga events yang korang boleh pilih nak join category berapa km 3,5 atau 10km. Lokasi larian yang tertutup seperti di padang golf dan taman amat selamat dan sesuai terumata kepada mereka yang membawa anak-anak bersama. Sambil berlari dapat menikmati pemandangan. Disamping itu larian juga tidak mengganggu lalu lintas.


c. Teman berlari

Ajak kawan-kawan korang untuk mendaftar sekali, lagi ramai lagi meriah.


2. Persediaan

a. Pakaian yang sesuai

Baju akan disediakan oleh pihak penganjur dan biasa diberikan sebelum event. Kebanyakkan baju adalah lengan pendek,bagi muslimah jangan lupa pakai inner ye.



Pakai tudung yang memudahkan pengaliran udara
Pastikan korang memakai stokin dan kasut yang selesa.
Selain itu boleh bawa topi dan tuala kecil jika perlu buat mengelap peluh yang memercik.

b. Makan sejam sebelum berlari

Ambil menu yang ada karbohidrat dan protein lebih kurang sejam sebelum berlari. Ini memastikan makanan telah dihadam dan memberi tenaga. Minum air secukupnya. Kalau masih kekenyangan di bawak berlari, ada jugak yang terkeluar semula.(sila jangan bayangkan..hehe)



3. Semasa larian

 

a. Senaman pemanas badan.

Bagi mengelakkan kekejangan otot,mulakan dengan senaman pemanas badan dari kepala hingga ke kaki. Jangan malas ok.. Good..

b. Niat, doa, mindset

Betulkan niat. Kita berlari untuk membantu bersedekah disamping menyihatkan badan, bukan untuk riak atau berbangga.
Berdoa, semoga kita dapat menamatkan larian tanpa sebarang kecederaan.
Mindset, mesti sampai ke garisan penamat dan dapatkan medal.
Tenaga dalaman ini akan mempengaruhi tenaga luaran dan memotivasikan diri.

c.Jangan malu untuk berjalan

Sekiranya korang tak mampu untuk berlari atau berjogging, teruskan dengan berjalan kaki. Berehat seketika jika perlu.

d. Sokongan moral.

Kalau korang dah aim dan ada harapan jadi pemenang, bolehla memecut laju. Tetapi kalau no beratus ratus, temanlah kawan2 yang bersusah payah atau yang dah rasa nak give up untuk meneruskan perjalanan. Bolehlah bersama sama berlari di 2meter terakhir merebut medal.



Amacam? Dah bersemangat untuk berlari dan kumpul medal banyak- banyak? You can do it!! Tak perlu stress, kalau dah sekali join, mesti nak join lagi. Bersama kita amalkan gaya hidup sihat.

Klik sini  http://www.justrunlah.com   untuk check upcoming event yang korang nak join.

Gambar sekeping di garisan penamat adalah WAJIB..Sekian..Tamat dah..




No comments:

Post a Comment

Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...