Masih duduk dirumah? Jika ya, teruskan usaha kita untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 mac hingga 31 mac 2020. #kitajagakita. Insyaallah usaha kita dapat menurunkan graf pesakit Covid19, dengan memutuskan rantaian jangkitan.
Dengan pelbagai info, analisa berkaitan dengan Covid 19 melalui media sosial pasti ada antara kita yang terkesan dan mengalami stress.
Terutamannya kepada mangsa yang didiagnos positif dan saudara mara yang terkorban akibat Covid19, takziah diucapkan. Amat sedih bila jenazah orang tersayang tidak dapat ditatap buat kali terakhir, pengebumian hanya diuruskan oleh pihak hospital. Besar ujian buat mereka.
Tak lupa juga kepada para peniaga yang terpaksa menutup pernigaan sementara, pekerja yang kehilangan sumber pendapatan.
Semua itu mengundang kepada tahap stress yang tinggi. Penting untuk kita belajar mengurus stress kerana stress yang berpanjang akan menyebabkan depression dan gangguan mental.
Semoga Allah memberikan kesembuhan dan menghapuskan virus Covid19 ini.
Ikuti langkah dibawah.
Kekalkan gaya hidup sihat, sihat fizikal dan mental.
No comments:
Post a Comment