"If you wait for inspiration to write, you're not a writer, you're a waiter " - Dan Ponyter
Sunday, 19 April 2020
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020 M BAGI SELURUH NEGERI JOHOR
Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nanti-nantikan. 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 24 April 2020.
Sekadar untuk perkongsian dan rujukan kawan-kawan di Johor, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi tahun 1441 H bersamaan 2020 Masihi mengikut zon :
ZON 1 : PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2 : DAERAH JOHOR BAHRU, KULAI, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU- PULAU YANG BERDEKATAN DENGANNYA
ZON 3- DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4 - DAERAH BATU PAHAT, MUAR, TANGKAK, SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
Untuk negeri -negeri lain boleh layari ke laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan muat turun jadual mengikut negeri masing-masing.
Sumber : JAKIM
Walaupun Ramadhan kali ini mungkin yang paling berbeza kerana tiada solat terawih berjemaah dibenarkan di masjid dan surau, begitu juga tiada kemeriahan bazar ramadhan.
Tiada juga puasa pertama dikampung atau iftar bersama keluarga seperti kelaziman.
Namun, Insyaallah ada pahala untuk orang yang bersabar. Sama- sama kita berdoa supaya Covid 19 ini akan dapat dihapuskan, dan kita dapat kembali menjalani rutin seperti yang dulu.
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa semua.
Tuesday, 7 April 2020
Monday, 30 March 2020
Monday, 23 March 2020
Latihan pernafasan tangani stress
Masih duduk dirumah? Jika ya, teruskan usaha kita untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 mac hingga 31 mac 2020. #kitajagakita. Insyaallah usaha kita dapat menurunkan graf pesakit Covid19, dengan memutuskan rantaian jangkitan.
Dengan pelbagai info, analisa berkaitan dengan Covid 19 melalui media sosial pasti ada antara kita yang terkesan dan mengalami stress.
Terutamannya kepada mangsa yang didiagnos positif dan saudara mara yang terkorban akibat Covid19, takziah diucapkan. Amat sedih bila jenazah orang tersayang tidak dapat ditatap buat kali terakhir, pengebumian hanya diuruskan oleh pihak hospital. Besar ujian buat mereka.
Tak lupa juga kepada para peniaga yang terpaksa menutup pernigaan sementara, pekerja yang kehilangan sumber pendapatan.
Semua itu mengundang kepada tahap stress yang tinggi. Penting untuk kita belajar mengurus stress kerana stress yang berpanjang akan menyebabkan depression dan gangguan mental.
Semoga Allah memberikan kesembuhan dan menghapuskan virus Covid19 ini.
Ikuti langkah dibawah.
Kekalkan gaya hidup sihat, sihat fizikal dan mental.
Saturday, 21 March 2020
Wednesday, 18 March 2020
Tuesday, 17 March 2020
Sunday, 15 March 2020
Saturday, 14 March 2020
Friday, 13 March 2020
COVID 19 - Semak sekiranya anda berisiko kepada COVID 19
Sekiranya anda mempunyai 7 ciri-ciri dibawah, anda merupakan golongan yang berisiko tinggi kepada COVID-19.
1. Kanak- kanak atau warga emas
2. Demam melebihi 37.5 darjah celcius
3. Mengalami kesukaran bernafas
4. Batuk
5. Sakit tekak
6. Telah berkunjung ke kawasan berisiko tinggi dalam masa terdekat (2 minggu).
7. Berhubung rapat dengan pesakit COVID 19.
1. Kanak- kanak atau warga emas
2. Demam melebihi 37.5 darjah celcius
3. Mengalami kesukaran bernafas
4. Batuk
5. Sakit tekak
6. Telah berkunjung ke kawasan berisiko tinggi dalam masa terdekat (2 minggu).
7. Berhubung rapat dengan pesakit COVID 19.
Hubungi talian hotline CPRC berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut:
COVID 19 - Apa itu Pandemik?
Pada 11 Mac 2020, World Health Organisation ( WHO) telah mengisytiharkan Novel Corona Virus (COVID 19) sebagai Pandemik. Penilaian itu dibuat berdasarkan angka jangkitan melebihi 118,000 orang di 114 negara dan angka tersebut terus memingkat selepas gelombang kedua COVID 19.
Apa itu Pandemik?
Kejadian wabak yang melibatkan seluruh dunia. COVID 19 bermula di wilayah Wuhan di negara China pada Disember 2019. Dan virus tersebut telah merebak ke seluruh dunia dengan menyebabkan jumlah kematian yang tinggi di beberapa negara.
Kebiasaannya melibatkan virus baru (novel) yang belum ada vaksin.
Walaubagaimanapun, unsur kawalan, sekatan dan langkah perlindungan yang dilakukan dapat untuk mengurangkan statistik kes COVID 19.
Ciri-ciri Pandemik
- melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- kadar sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
" Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.
Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan 354 dan 827 kematian, setakat ini."
COVID 19- 3 Langkah Perlindungan Diri
Ikuti 3 langkah perlindungan diri dari virus Covid19.
1. Selalu amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
2. Elakkan kunjungi tempat yang ramai orang dan kawasan berisiko tinggi .
3. Segera dapatkan rawatan sekiranya mempunyai simptom selepas lawatan/aktiviti.
Salah satu tips penjagaan kesihatan melindungi diri dari virus Covid 19 adalah dengan mencuci tangan selama 20saat sebanyak 3-4 kali sehari. Jangan menyentuh muka, mata dan hidung selepas menyentuh sesuatu ini kerana virus mudah masuk melalui saluran pernafasan.
Jom ikuti langkah cuci tangan yang efektif agar dapat melindungi diri dari virus Covid 19.
Ha, ini tutorial dari Cik Nurse. Cara yang betul menggunakan hand sanitizer.
Utamakan kebersihan tangan dan persekitaran. Insyaallah dapat membantu melindungi dari virus.
Monday, 9 March 2020
Thursday, 5 March 2020
Pindaan Birthday Agong kepada Hari Isnin mulai 2021.
Di dalam Akta Hari Kelepasan 1951, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada Hari Kelepasan Persekutuan.
Lazimnya, Hari Keputeraan ini disambut pada Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun sebagai hari sambutan rasmi.
Selepas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017, tarikh ulang tahun rasmi telah dipinda dua kali,
1. kepada Sabtu terakhir bulan Julai
2. pada Sabtu kedua selepas Hari Merdeka.
Pindaan ini akan berkuat kuasa di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V hingga 2021.
-sumber : Wikipedia
Pada tahun ini, dibawah pemeritahan Yang di-Pertuan Agong ke 16 (Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah Shah), pindaan Hari Keputeraan Agong sekali lagi dibuat.
Pada 4 Mac, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali telah mengeluarkan kenyataan media melalui Facebook beliau tentang perubahan tarikh Hari Keputeraan Agong pada tahun ini.
Menurusi kenyataan itu kerajaan bersetuju :
"Pindaan tersebut adalah daripada 6 Jun 2020 (Sabtu) kepada 8 Jun 2020 ( Isnin) minggu pertama bulan Jun. "
"Pindaan tersebut terpakai mulai tahun 2021 dan sepanjang pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI (Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain Billah Shah)."
“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,”
- sumber : Harian Metro
Pindaan ini berita baik buat negeri-negeri yang cuti umum adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Sebab hanya hari kelepasan am yang jatuh pada hari Jumaat sahaja yang cutinya dibawa ke hari Ahad.
Yeay, cuti....
Sunday, 1 March 2020
Rakyat Malaysia mengharapkan cuti dari PM ke 8
Sejak berita kekecohan menteri-menteri berhimpun di Istana Negara, perletakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 7, rakyat terlalu mengharapkan adanya cuti peristiwa.
Sehinggakan pada 1 Mac 2020, berita palsu pengumuman cuti bagi esok hari telah tersebar.
Tetapi impian itu terkubur bila Jabatan Perdana Menteri telah pun mengeluarkan pernyataan rasmi. Tiada cuti diberikan sempena perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM ke 8.
Berhati-hati bila mendapat berita. Check dulu sumber berita supaya tidak termenaruh harapan.. Haha..
Friday, 28 February 2020
OST Sara Sajeeda - Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Ariff
Ada apa dengan cinta
Yang hanya manis pada bicara
'Tika bahagia indah semua
Sepertinya syurga milik kita
Yang hanya manis pada bicara
'Tika bahagia indah semua
Sepertinya syurga milik kita
Sarah
Ada apa pada cinta
Yang hanya manis pada mulanya
'Tika sempurna tidak bercela
Sepertinya esok milik kita
Yang hanya manis pada mulanya
'Tika sempurna tidak bercela
Sepertinya esok milik kita
Chorus
Sampai bila
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam
Sampai bila
Harus kita terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula
Harus kita terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula
Bridge
Andainya masih ada rasa yang terbuku
Semaikanlah sepenuh jiwa agar tidak terkubur
Maafkan aku yang dulu
Maafkan aku kasihku
Benarkanlah segalanya
Semaikanlah sepenuh jiwa agar tidak terkubur
Maafkan aku yang dulu
Maafkan aku kasihku
Benarkanlah segalanya
Repeat Chorus
Cinta kita..
Sunday, 2 February 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...
-
Sudah selesai baca surat diatas? Mengimbau kembali zaman belajar sekolah agama dulu kan? Kebanyakkan kaum melayu boleh me...
-
Saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang aplikasikan semasa berlari samada jarak dekat atau jarak jauh. Antara tipsnya ada lah : ...
-
Azam tahun baru 2020 untuk tambah puasa sunat? Ha, dah boleh save kalendar puasa ini dalam handphone dan tampal di bilik tidur. ...