"If you wait for inspiration to write, you're not a writer, you're a waiter " - Dan Ponyter
Saturday, 4 January 2020
RM30 percuma dalam Touch N Go eWallet.
Download Touch n Go e-wallet untuk menikmati eTunai Rakyat berjumlah RM30 yang akan dikreditkan bermula15 Januari hingga 14 March 2020.
Jangan lepaskan peluang ini. Download cepat tau..
Azam tahun baru 2020
Tahun 2019 sudah pun melabukan tirai. Berbagai cerita suka duka, kegagalan, kejayaan, kesusahan telah sama-sama kita lalui. Alhamdulillah kita berjaya sampai ke tahun 2020.
Ucapkan tahniah kepada diri anda sendiri kerana tetap bertahan, bersabar dan bersemangat, semuanya dengan izin Allah.
Sebagai umat Islam, selain bersyukur kita juga harus memperbaiki diri kita. Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.
Jadi kita perlu sentiasa muhasabah diri, membuat perancangan dan mempunyai matlamat, cita-cita.
Jadi sempena kedatangan tahun baru ini, sesuai sangat untuk kita audit semula diri kita.
Tanamkan azam, azam biar besar tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Antara azam 2020 saya :
1. Selesaikan separuh hutang PTPTN.
2. Derma darah 3 kali. 2019 dapat derma 2 kali.
3. Jogging min 3km seminggu.
4. Aktif menulis blog.
Apa azam korang untuk tahun 2020? Boleh komen dibawah.
Belum berjaya semak WTD..
Wang Tidak Dituntut (WTD).
Dari mana datang WTD ini?
Defini : (sumber : Jabatan Akautan Negara Malaysia)
- Wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- dividen;
- keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
- Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:- akaun simpanan;
- akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
- Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Saya ada mendapat panggilan dari Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pergi ke cawangan bank yang berdekatan berhubung WTD ini. Tetapi kesibukkan hujung tahun hingga saya terlupa untuk ke BSN. Bila dah ramai semak WTD, barulah nak semak jugak...
egumis.anm.gov.my?
Friday, 3 January 2020
Thursday, 2 January 2020
Wednesday, 1 January 2020
Tarikh Bayaran Gaji bagi tahun 2020
Simpan tarikh bayaran gaji ini, dan buat perancangan kewangan bagi mengelakkan anda makan maggi menanti gaji bulan seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...
-
Sudah selesai baca surat diatas? Mengimbau kembali zaman belajar sekolah agama dulu kan? Kebanyakkan kaum melayu boleh me...
-
Saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang aplikasikan semasa berlari samada jarak dekat atau jarak jauh. Antara tipsnya ada lah : ...
-
Azam tahun baru 2020 untuk tambah puasa sunat? Ha, dah boleh save kalendar puasa ini dalam handphone dan tampal di bilik tidur. ...