Pages

Sunday 19 April 2020

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020 M BAGI SELURUH NEGERI JOHOR


Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nanti-nantikan.  1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 24 April 2020.

Sekadar untuk perkongsian dan rujukan kawan-kawan di Johor,  Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi tahun 1441 H bersamaan 2020 Masihi mengikut zon :

     ZON 1 : PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL

     ZON 2 : DAERAH JOHOR BAHRU, KULAI, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU- PULAU YANG BERDEKATAN DENGANNYA

    ZON 3- DAERAH PONTIAN DAN KLUANG

    ZON 4 - DAERAH BATU PAHAT, MUAR, TANGKAK, SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR


Untuk negeri -negeri lain boleh layari ke laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan muat turun jadual mengikut negeri masing-masing.

Sumber : JAKIM


Walaupun Ramadhan kali ini mungkin yang paling berbeza kerana tiada solat terawih berjemaah dibenarkan di masjid dan surau, begitu juga tiada kemeriahan bazar ramadhan.

Tiada juga puasa pertama dikampung atau iftar bersama keluarga seperti kelaziman.

Namun, Insyaallah  ada pahala untuk orang yang bersabar. Sama- sama kita berdoa supaya Covid 19 ini akan dapat dihapuskan, dan kita dapat kembali menjalani rutin seperti yang dulu.

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa semua.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA 1441H/2020M- JOHOR (ZON 4)


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA 1441H/2020M- JOHOR (ZON 3)


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA 1441H/2020M- JOHOR (ZON 2)


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA 1441H/2020M- JOHOR (ZON 1)


Insyaallah kita akan menyambut ketibaan Ramadhan dalam 3 hari sahaja lagi. Bulan yang penuh rahmat dan barakah yang kita akan sentiasa nant...